GEORGE TOWN, 6 JUN - Hospital Pulau Pinang (HPP) mencari waris seorang mayat lelaki dan mayat perempuan yang tidak dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital itu yang meninggal dunia pada bulan Mei lepas.

Timbalan Pengarah (Perubatan) HPP Dr Shameni Sunasundram berkata mayat perempuan India yang tidak dituntut itu ialah Manimekglair Klapan, 51, dari Taman Berjaya, Sungai Petani, Kedah manakala mayat lelaki berkenaan tiada pengenalan diri.

"Lelaki itu meninggal dunia disebabkan pneumonia dengan kegagalan penafasan jenis 1 manakala perempuan itu pula meninggal dunia disebabkan malnutrasi dengan pendarahan tuberkulosis pulmonari positif," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata waris mangsa boleh menghubungi Jabatan Perhubungan Awam HPP di talian 04-2225947/5116 bagi sebarang maklumat lanjut dan urusan menuntut mayat. - BERNAMA