KUALA LUMPUR, 4 JUN - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos terkilan kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai umat islam untuk bertarawih ketika umat islam kini sudah melaksanakan ibadah berkenaan yang sudah memasuki hari yang ke - 19.

Jamal yang kini terpaksa menyembunyikan diri akibat diburu oleh pihak berkuasa menyatakan, dari bermulanya malam ramadhan beliau tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya untuk melakukan ibadah tersebut kerana percaya beliau akan ditangkap dan dikenakan tindakan sebagai tahanan politik gara-gara pihak berkuasa telah membuka lebih 9 kes siasatan bersambung untuk menahan dirinya sehingga kes-kes tersebut diselesaikan.

Dalam pada itu, Jamal percaya, pihak berkuasa telah diberi tekanan oleh kerajaan PH yang dipimpin oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membuat tindakan terhadap dirinya kerana dendam politik yang disimpan oleh kerajaan PH sewaktu mereka menjadi pembangkang Malaysia suatu masa dahulu.

Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu turut memohon maaf kepada rakyat malaysia tentang apa yang telah berlaku kerana setiap apa yang dilakukan olehnya semata-mata untuk membuka minda Kerajaan Negeri Selangor tentang isu permasalahan rakyat seperti Isu Air, Pesta Arak, Rumah Urut, Kedai Judi dan lain-lain lagi yang tidak disenangi oleh masyarakat khususnya di Negeri Selangor.

"Saya berharap tolong jangan aniaya saya, apa yang saya lakukan sebelum ini demi kepentingan masyarakat dan negara," kata jamal. - KITAIKINI