TOKYO, 12 JUN - Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa Jepun untuk menjadi rakan kongsi dengan Malaysia dalam membangunkan negara Asia Tenggara.

Perdana Menteri menyampaikan pelawaan itu dalam satu pertemuan dengan para pemimpin organisasi utama ekonomi Jepun di sini pada Selasa.

Dr Mahathir berkata kerajaan baharu di Malaysia yang dipimpinnya akan menjadi mesra peniagaan.

"Kami tidak akan mempunyai terlalu banyak halangan atau prosedur birokrasi yang akan menghalang para pelabur asing," kata Dr Mahathir.

Beliau dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun. - BERNAMA