KUALA LUMPUR, 6 JUN - Melalui kerjasama dengan honor Malaysia, Shopee telah diberi keistimewaan untuk melancarkan honor 7A dan Phantom Green bagi varian honor 10 di laman e-dagangnya semasa jualan 'Super honor Day' pada 8 Jun.

Boleh didapati melalui laman web hihonor serta honor Official Shop di Shopee, jualan pantas untuk kedua-dua model ini menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi semua produk honor.

Semasa , 'Shocking Sale', honor 7A akan dijual pada RM429 manakala model Phantom Green honor 10 akan dijual pada RM1,599 dengan hadiah percuma bernilai RM298 diberikan sebagai bonus.

Model honor 7A dilengkapi dengan paparan penuh 5.7in, kamera depan 8MP, bateri 3000mAh yang akan bertahan sepanjang hari walaupun penggunaan berat, EMUI 8.0 yang mempunyai pelbagai ciri pintar berfungsi tambahan, serta dua slot kad SIM dan kad SD.

Pengarah Urusan serantau Shopee, Ian Ho, berkata: "Kami bangga dapat meneruskan kerjasama dengan honor Malaysia, berdasarkan kepada kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10 sebelum ini."

Ketua honor Malaysia Zhao Zhiwei berkata honor sentiasa berusaha untuk menjadikan perantinya yang berkualiti, bergaya dan berpandangan ke depannya mudah diperoleh dan bekerja dengan Shopee memberi peluang kepada peminat honor untuk 'balik kampung' dengan telefon bimbit yang hebat tanpa mengeluarkan wang yang banyak. - BERNAMA