SEKINCHAN, 22 APR - Pengerusi Barisan Nasional Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mempertikaikan tindakan Bekas Wakil Rakyat Dun Sekinchan, Ng Suee Lim (DAP) yang menaikkan lebih kurang 20 papan iklan (Billboard) yang di pasang di sekitar kawasan berkenaan.

Menurut Jamal, Tindakan Ng Suee Lim menaikkan papan iklan berkenaan membuatkan berlakunya kemalangan kerana papan iklan yang dipasang menghalang pengguna jalan raya.

Jamal juga turut mempertikaikan tindakan Suee Lim yang meletakkan gambarnya di papan iklan berkenaan yang disyaki bermotifkan Kempen Pilihanraya kerana Suee Lim tidak mempunyai jawatan di dalam Kerajaan Negeri Selangor.

" Hari ini kita ingin beritahu, Suee Lim bukan lagi Adun Sekinchan, jadi beliau mengambil kesempatan memasang papan iklan sebegini dengan menonjolkan produk-produk kerajaan negeri," kata jamal.

" Yang paling membimbangkan beliau memasang papan iklan berkenaan di kawasan yang merbahaya," kata jamal lagi.

Jamal akan membuat laporan polis dan juga laporan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya dapat mengambil tindakan. - KITAIKINI