KUALA LUMPUR, 13 APRIL - Pengerusi Gabungan Ngo Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD DANG WANGI) membuat laporan polis terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan isu mengaibkan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail.

Jamal yang hadir kira-kira jam 11.30 pagi tadi membuat satu laporan berhubung kejadian amuk prebet adam di Jalan Chow Kit kira-kira 30 tahun yang lalu dimana Tun M pada ketika itu menjadi Perdana Menteri telah menggunakan insiden berkenaan untuk mengaitkan Almarhum Sultan Iskandar.

" Apa yang Tun M lakukan ketika itu mengaibkan Almarhum Sultan Iskandar dengan menggunakan media yang dikawal olehnya dengan menyatakan Almarhum Sultan Iskandar telah memukul prebet adam sehingga meninggal dunia," kata jamal.

" Dakwaan tersebut menyebabkan hampir keseluruhan rakyat malaysia mempercayai insiden berkenaan dan saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan," kata jamal lagi. - KITAIKINI