JOHOR BAHRU, 20 APR - Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Sabariah Ahmad, 79, meninggal dunia akibat strok dan komplikasi lain di Hospital Sultanah Fatimah, Muar kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

Menurut cucu kepada kakak kandung Allahyarham, Haziqah Nasirah Zolbahar, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri selepas solat Jumaat petang ini.

Allahyarham mempunyai tiga anak dan enam cucu merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesang dan Jorak.

Allahyarham juga ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Luar Bandar Negeri Johor selama dua penggal sebelum bersara pada 1999.

Selain itu, Allahyarham merupakan ibu saudara kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Asiah Md Ariff. - BERNAMA