KUALA LUMPUR, 3 APR - Pengarah Jentera Barisan Nasional Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dianugerahkan watikah perlantikan selaku Mejar Bersekutu Angkatan Perkhidmatan Awam Malaysia (APM) Parlimen Sungai Besar di 'Majlis Santai Ramah Mesra Rakyat Parlimen Sungai Besar Bersama Timbalan Perdana Menteri' malam tadi.

Watikah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang hadir merasmikan progran tersebut di 'Command Centre' Pekan Pasir Panjang, Sekinchan Selangor.

Dalam pada itu pelbagai watikah perlantikan juga turut diberikan kepada beberapa kepimpinan Umno Bahagian Sungai Besar seperti :

- Kapten Bersekutu APM Sungai Besar - Datuk Hajjah Zubidah Maskor (Ketua Wanita Umno Sungai Besar)

- Kapten Bersekutu APM Sungai Besar - Muhammad Akhirizan Mohamed (Ketua Pemuda Umno Sungai Besar)

- Kapten Bersekutu APM Sungai Besar- Widiawati Abu Dzar (Ketua Puteri Umno Sungai Besar).

Disamping itu YAB TPM malam tadi turut melancarkan Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Besar dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan tidak lama lagi. - KITAIKINI