KUALA LUMPUR, 3 APR - Pengarah Jentera Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana hadir merasmikan Jentera PRU14 Sungai Besar di 'Majlis Santai Ramah Mesra Rakyat Di 'Command Centre' Pekan Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor malam tadi.

Jamal turut berharap TPM bukanlah datang di kawasan itu untuk kali terakhir dan berharap kesudian TPM untuk membantu memberi kata semangat untuk kemenangan PRU14 di Parlimen Sungai Besar terutama untuk menawan kembali Dun Sekinchan. - KITAIKINI