KUALA LUMPUR, 3 APR - Pengarah Jentera Barisan Nasional Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yakin pengundi di Dun Sekinchan akan 'tendang' Ng Suee Lim pulang ke kawasannya di KLANG.

Menurut Jamal, keyakinan beliau itu kerana percaya pengundi di dun berkenaan terutamanya pengundi kaum cina sudah tidak mempercayai wakil rakyat daripada DAP berkenaan yang langsung tidak mempedulikan nasib masyarakat setempat.

" Lebih-lebih lagi wakil rakyat tersebut bukanlah penduduk tempatan di dun berkenaan," kata jamal.

" Ng Suee Lim bukanlah orang tempatan yang mana rumahnya di Shah Alam dan lahir di Klang, bagi menghadapi PRU14 yang akan datang kami akan meletakkan calon tempatan Lee Yee Yuan yang telah diumumkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada majlis pelancaran Surat Khabar Sungai Besar Kini (versi cina) pada 22 Feb yang lalu," kata jamal.

" Saya akan melakukan apa saja untuk memastikan beliau (Lee Yee Yuan) ini menang di dalam PRU14 yang akan datang dan memastikan Ng Suee Lim tidak lagi menjadi wakil rakyat Sekinchan," kata jamal lagi.

Dalam pada itu, Jamal turut yakin dan percaya tiada siapa akan mampu menganggu gugat Calon Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dan akan mengekalkan kemenangan di Dun Sungai Panjang yang akan diumumkan calonnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak lama lagi. - KITAIKINI