KUALA LUMPUR, 3 APR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir merasmikan Jentera Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) Parlimen Sungai Besar di 'Majlis Santai Ramah Mesra Rakyat Parlimen Sungai Besar Bersama Timbalan Perdana Menteri' pada malam tadi.

Program berkenaan yang diadakan di 'Command Centre' Pekan Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor dihadiri seramai 4000 orang hadirin yang kebanyakannya di hadiri oleh Jentera BN PRU14 Parlimen Sungai Besar.

Turut hadir meraikan majlis berkenaan adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar, Pengarah Jentera PRU14 Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan beberapa lagi kepimpinan Umno Bahagian di sekitar Selangor.

TPM turut memberikan kata-kata semangat kepada Jentera BN Sungai Besar supaya berusaha keras bagi mempertahankan Parlimen Sungai Besar, Dun Sungai Panjang Dan menawan Kembali Dun Sekinchan yang kini dikuasai oleh Ng Suee Lim (DAP).

Dalam pada itu, TPM turut berhasrat supaya negeri Selangor akan kembali kepada BN selepas PRU14, setelah 2 penggal dikuasai oleh Pakatan Harapan (PH).

TPM turut hadir merasmikan 'Majlis Santai Ramah Mesra Rakyat Parlimen Sabak Bernam Bersama Timbalan Perdana Menteri' di PPD Sabak Bernam petang semalam. - KITAIKINI