KUALA LUMPUR, 3 APR - Pengerusi Barisan Nasional Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mencabar Adun Sekincan, Ng Suee Lim untuk berhadapan dengannya di dalam sesi perdebatan.

Menurut Jamal, Sebelum ini beliau hanya berdiam diri ketika Adun Sekinchan berkenaan membidas dirinya di dalam sesi Dewan Negeri Selangor (DNS) dengan membabitkan pelbagai isu-isu.

Dalam pada itu, Jamal meminta pihak media untuk menganjurkan satu sesi perdebatan membabitkan dirinya dengan Ng Suee Lim.

" Saya akan menunggu jawapan daripada YB Ng Suee Lim dan saya berharap dia akan menerima dan menyahut cabaran saya ini," kata jamal.

" Nak membidas saya biarlah berdepan, janganlah terpekik, terlolong, bercakap sorang-sorang di dalam dewan dan menghentam saya kerana saya tidak berada di dalam dewan berkenaan, Biar rakyat yang menilainya di dalam sesi pendebatan yang akan diadakan,". kata jamal lagi. - KITAIKINI