KUALA LUMPUR, 28 MAC - Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Ngo yang terlibat dalam Gerakan Baju Merah kerana bersetuju membatalkan perhimpunan disaat-saat terakhir setelah bermesyuarat sehingga pukul 4 pagi semalam.

Menurut Jamal, Mereka membatalkan perhimpunan terbabit kerana menghormati undang-undang dan arahan dari pihak berkuasa supaya tidak berhimpun ataupun melakukan demonstrasi di Dataran Pahlawan dan di persekitaran jalan masuk ke Parlimen.

" Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan Ngo baju merah kerana kita tahu kalau kita turun bukan setakat 10000 orang tetapi lebih daripada itu," kata jamal.

" Walaupun saya dikecam untuk meneruskan perhimpunan terbabit tetapi diatas keputusan yang telah dicapai, kami membatalkan perhimpunan tersebut kerana bimbang akan memburukkan lagi keadaan," kata jamal lagi. - KITAIKINI