KUALA LUMPUR, 28 MAC - Pengerusi Barisan Nasional Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menyatakan tiada permasalahan tentang Persempadanan Semula yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang Pilihanraya Umum Ke-14 akan datang.

Menurut Jamal, pihak SPR berhak mengkaji persempadanan semula pilihanraya selepas 8 tahun dan ianya bergantung kepada keputusan pembentangannya di Parlimen.

Jamal menyatakan, apa jua keputusan yang dicapai di Parlimen tentang persempadanan semula ini sama ada diluluskan atau pun tidak, beliau tetap akan menyokong keputusan terbabit.

" Jika usul ini diluluskan kami akan menyokong, jika tidak diluluskan juga kami akan menyokong," kata jamal.

" Kita perlu menghormati dan mengikut lunas undang-undang dan kita sebagai rakyat Malaysia harus menyokong apa jua keputusan yang dicapai," kata jamal lagi.

Jamal menyelar tindakan pembangkang yang membantah persempadanan semula kerana percaya mereka bertindak demikian di atas faktor politik semata-mata dan menggambarkan apa yang dilakukan oleh pihak SPR adalah tidak adil.

Dalam pada itu, Jamal juga bersedia jika pihak SPR membuat persempadan semula jika ianya berlaku di Parlimen Sungai Besar. - KITAIKINI