KUALA LUMPUR, 28 MAC - Pengerusi Gabungan Ngo Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengulas ucapan yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika Mahathir berada di atas sebuah pacuan empat roda yang dijadikan pentas ucapan semasa hadir berdemonstrasi bersama kumpulan Bersih 2.0 di dataran pahlawan awal pagi tadi.

Jamal memberitahu, ucapan yang diberikan oleh bekas pemimpin negara 22 tahun itu berunsur fitnah dan berbohong.

" Ucapan Tun Mahathir yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang penyamun, pencuri dan sebagainya adalah tidak benar, sebaliknya Tun Mahathir sendiri menjadi pencuri dan penyamun selama 22 tahun yang menyebabkan rakyat Malaysia yang menanggung akibatnya," kata jamal.

" Datuk Seri Najib yang menutup kesalahan lampau Tun Mahathir dan apa yang diucapkan oleh Tun Mahathir sebenarnya berniat jahat untuk menghasut rakyat membenci kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata jamal lagi. - KITAIKINI