KUALA LUMPUR, 29 MAC - " Kalau saya berada di parlimen tadi sempat saya terajang Lim Kit Siang kerana bersikap biadap dan memalukan," itulah kata-kata yang diluahkan oleh Pengerusi Gabungan Ngo Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Dewan Parlimen pada hari ini gempar apabila Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang bersikap biadap dan engkar dengan arahan 'Speaker', Tan Sri Datuk Seri Pandikar Amin Mulia ketika bertanya kewajaran status embargo laporan persempadanan semula oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

" Lim Kit Siang sepatutnya tidak boleh menjadi wakil rakyat kerana sikap yang ditunjukkan olehnya seolah-olah seperti komunis," kata jamal.

" Lim kit siang ini kalau kita lihat daripada dahulu pun dialah penggerak utama kepada komunis, kalau dah perangai komunis itulah perangainya, Sepatutnya dia perlu menunjukkan perangai yang elok dan baik sebab beliau adalah ahli parlimen," kata jamal.

" Sepatutnya dia kena selesaikan kes anak dia, curi duit rakyat pulau pinang, buat terowong beratus juta terowongnya pun tak nampak," kata jamal lagi.

Jamal turut menyampaikan pesanan kepada Lim Kit Siang supaya tidak menuduh orang sebagai pencuri sebaliknya lihat pada diri sendiri terlebih dahulu. - KITAIKINI