KUALA LUMPUR, 29 MAC - Pengerusi Gabungan Ngo Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendesak pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan terhadap kumpulan Bersih 2.0 kerana jelas mereka telahpun melanggar undang-undang serta melanggar arahan daripada pihak berkuasa.

Menurut Jamal, Walaupun ada budi bicara diantara pihak berkuasa dan peserta Bersih berkenaan tetapi mereka tetap melakukan kesalahan seperti membawa pembesar suara dan merempuh halangan pihak polis.

" Saya berharap pihak polis dapat mengambil tindakan tegas kepada anjing-anjing baju kuning ini supaya didakwa di mahkamah, jangan hanya mengambil keterangan mereka sahaja kerana jika dibiarkan perkara melanggar undang-undang ini akan terus berlaku," kata jamal.

" Saya juga berharap pihak polis tidak berkompromi dengan mereka (Bersih) dalam demonstrasi yang memalukan negara pada hari ini," kata jamal lagi.

Jamal juga sempat mengusik mereka dengan kata " Saya nak ucapkan selamat tinggal kepada bersih, selamat petang, selamat berehat setelah berpeluh-peluh mandilah cepat-cepat, kalau nak mandi jangan datang Selangor takut Selangor takda air, Selamat tinggal Bersih Bodoh Bangang,". - KITAIKINI