KUALA LUMPUR, 28 MAC - Himpunan Rakyat Tolak Penipuan SPR yang dianjurkan oleh BERSIH 2.0 untuk membantah persempadanan semula oleh SPR di Parlimen tidak mendapat sambutan seperti yang dirancangkan.

Menurut Pengerusi Gabungan Ngo Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, Hasrat penganjur yang menyasarkan 50,000 peserta untuk hadir menyertai demo berkenaan tidak kesampaian kerana hanya sekitar 600 peserta sahaja yang hadir berhimpun pada kali ini.

" Saya menghantar 'drone' dari rumah dan melihat hanya sekitar 600 orang sahaja yang turun termasuk kepala Mahathir," kata jamal.

" Perkara ini sangat memalukan, kalau nak demo, demolah beramai-ramai dalam ratusan ribu orang seperti baju merah yang menghimpunkan beratus ribu peserta di Padang Merbok, kalau setakat 500-600 orang tak payah la," kata jamal.

Jamal juga turut memberi gelaran 'Sampah Masyarakat' kepada peserta Bersih yang hadir pada perhimpunan hari ini.

" Kehadiran Bersih pada kali ini menunjukkan rakyat sudah menyampah dengan Bersih, kalau setiap hari pun mereka mengadakan demo pasti tidak akan mendapat sambutan kerana rakyat malaysia dah meluat dengan mereka," kata jamal lagi. - KITAIKINI