SUNGAI BESAR, 10 MAC - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos pada hari ini membidas kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menuding jari kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam krisis air di Selangor.

Menurut Jamal, Krisis air yang berlaku di Selangor ketika ini cukup kritikal dan membimbangkan serta amat memalukan kerajaan negeri Selangor dibawah kepimpinan Pakatan Harapan (PH) kerana gagal melaksanakan tanggungjawab mereka kepada rakyat.

Jamal memberitahu, Azmin sudah lama dinasihatkan supaya bekerjasama dengan Kerajaan Pusat tetapi Azmin sengaja melambat-lambatkan proses menandatangani perjanjian Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

" Akhirnya rakyat yang menjadi mangsa dan PM pula dipersalahkan, Azmin tidak mengaku kesilapan dan kelemahan kepimpinan Pakatan Harapan," kata jamal.

" Saya tidak hairan dengan kenyataan Azmin yang menyalahkan Datuk Seri Najib, kerana sebelum ini beliau berzina di dalam tandas pun beliau tidak mengaku, menuduh orang lain pula yang berzina," kata jamal lagi.

Dalam pada itu, Jamal terus membidas Azmin dengan menyatakan yang seharusnya MB Selangor itu harus mengambil tanggunjawab dan mencari kaedah penyelesaian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika ini dan untuk jangka waktu yang panjang bukan menuding jari kepada orang lain.

" Pam yang rosak sudah dimaklumkan kepada kerajaan negeri setahun yang lepas, Kenapa perlu tunggu pam itu meletup barulah terhegeh-hegeh nak baiki," kata jamal.

" Inilah kelemahan kepimpinan azmin ali dan apa jua kelemahan dan kesalahan yang mereka lakukan mereka ini tidak pernah bermuhasabah diri sebaliknya akan menuding jari kepada orang lain," kata jamal lagi. - KITAIKINI