KUALA LUMPUR, 7 MAC - "Saman fitnah Maria Chin terhadap saya bermotifkan jahat dan bermotifkan politik," itulah kata-kata yang dinyatakan oleh Pengerusi NGO Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Jamal yang hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada jam 2.15 petang tadi mendengar penghujahan daripada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir menjadi saksi Sepina dalam kes tersebut pada hari ini.

Terdahulu, Maria Chin telah memfailkan satu saman fitnah terhadap jamal berikutan jamal telah mengaitkan Kumpulan BERSIH adalah sama seperti Kumpulan Militan IS di dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 28 September 2016 yang lalu.

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu juga didakwa mengeluarkan satu lagi kenyataan berbaur fitnah dalam satu sidang media yang diadakan di pekarangan Ibu pejabat Polis Bukit Aman pada 4 Oktober 2016.

Menurut Jamal, Kenyataan yang dinyatakan berikutan kebimbangannya terhadap kumpulan BERSIH yang dikhuatiri akan menyebabkan negara huru-hara dan berlakunya keganasan.

Jamal mengambil pendekatan terhadap Himpunan-Himpunan BERSIH yang lalu dimana berlakunya kehuru-haraan dan keganasan sehingga menyebabkan kecederaan.

" Sangkaan itu juga cukup kuat dengan pembabitan suami kepada Maria Chin terhadap aktiviti pengganas atau komunis," kata jamal sambil menunjukkan kenyataan di dalam kertas putih yang dikeluarkan parlimen.

" Tun Mahathir juga turut mengakui bahawa suami Maria Chin adalah seorang Pengganas," kata jamal.

" Saya menyahut cabaran mereka untuk diadili di mahkamah yang kononnya saya ini memfitnah, rakyat Malaysia sudah pun tahu BERSIH dahulu memang berlaku keganasan dan tidak boleh dinafikan, saya akan berhadapan dengan apa jua kerana saya yakin apa yang saya nyatakan demi keamanan dan kebaikan negara," kata jamal lagi. - KITAIKINI