KUALA LUMPUR, 7 MAC - Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini secara sinis menjawab persoalan rakan-rakannya yang menyatakan adakah beliau ke mahkamah pada hari ini untuk berjumpa dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

" Saya memang tak mahu jumpa mahupun bersalam dengan Tun M, Kalau boleh saya nak mengelak kerana kalau saya berjumpa Tun M saya jadi 'Suwey'," kata jamal.

Menurut Jamal, Untuk mengelakkan 'Suwey' berkenaan, beliau terpaksa duduk berjauhan di dalam mahkamah supaya penyakit 'Suwey' Tun M tidak berjangkit kepadanya.

" Kalau boleh saya nak mengelak daripada bersalaman dengan dia tetapi jika saya berada dekat dengan Tun M terpaksalah saya bersalam dengan dia kerana sebagai seorang melayu beragama islam wajib berbuat demikian," kata jamal.

Dalam pada itu, Jamal hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 2.15 petang tadi bagi mendengar kes saman fitnah terhadapnya ketika menentang BERSIH 5 yang difailkan oleh Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah. - KITAIKINI