KUALA LUMPUR, 19 FEB - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos membongkar kegiatan Presiden Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah membawa masuk 1.8 Bilion USD bersamaan dengan RM 7 Bilion untuk dana Pilihanraya Umum Ke - 14 (PRU14) yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.

Menurut Jamal, baru - baru ini Tun Mahathir yang juga Presiden kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah melancarkan tabung kutipan derma kepada 'netizen' khususnya kepada pendokong parti berkenaan untuk menampung perbelanjaan untuk menghadapi PRU 14 tetapi apa yang telah dilakukan semata-mata untuk mengaburi rakyat.

" Mereka sengaja melancarkan tabung berkenaan untuk menutupi kegiatan mereka yang membawa RM 7 bilion hasil samunan sewaktu pemerintahan tun mahathir terdahulu yang di tempatkan di luar negara," kata jamal.

" Mereka tahu perkara ini akan terbongkar dan sebab itulah mereka mewujudkan tabung berkenaan dan apabila terbongkar mereka akan katakan duit tersebut adalah duit derma," kata jamal lagi.

Jamal turut menceritakan bagaimana PH tiba-tiba meletakkan Tun Mahathir sebagai Pengerusi bagi komponen parti pembangkang berkenaan ?.

Jamal memberitahu, Tun Mahathir telah membayar RM 1 Bilion kepada Democratic Action Party (DAP) dan RM 700 juta kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

" Jika perkara berkenaan tidak benar, saya minta Tun Mahathir saman saya supaya mudah saya mengemukakan bukti-bukti ,apa yang mereka sedang lakukan di dalam negara kita ini," kata jamal.

" Apa yg mereka lakukan adalah untuk membuat cengkaman ekonomi negara kita ini kepada kroni-kroni mereka," kata jamal lagi. - KITAIKINI