KUALA LUMPUR, 19 FEB - " Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi ancaman besar kepada pembangkang kerana 1MDB mampu membunuh politik mereka secara terus menerus dan menjadikan Pakatan Harapan (PH) terus mundur kebelakang," itulah kata-kata yang dinyatakan oleh Pengerusi Gabungan Ngo Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Menurut Jamal, mereka memfitnah 1MDB setelah mendapat tahu bahawa enam bulan lagi 1MDB akan disenaraikan dibursa saham di dalam dan di luar negara.

1MDB yang juga diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak difitnah secara terus menerus sehingga 1MDB tidak dapat disenaraikan di bursa saham dan setelah perkara ini berlaku, 1MDB mengalami masalah kewangan yang tidak stabil.

" Mereka berjaya menjadikan 1MDB sebagai tidak berfungsi," kata jamal.
Jamal turut menceritakan tentang apa yang berlaku sehingga PH merasakan mereka akan tergugat teruk jika 1MDB berjaya dilaksanakan dengan baik.

" Tenaga elektrik yang kita pakai sekarang ini yang dahulunya di terajui oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah diarahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga menjadi Perdana Menteri ketika itu untuk PNB membeli bekalan elektrik kepada kroni-kroninya dengan harga yang tidak munasabah dan di atas sebab itulah suatu ketika dahulu PNB rugi, Jadi apabila ada sebuah syarikat yang diwujudkan oleh perdana Menteri iaitu syarikat 1MDB untuk mengambil alih kembali pembekal-pembekal tenaga elektrik ini daripada kroni-kroni Tun Mahathir, Mereka menjadi marah dan menuduh Najib yang merasuah dan sebagainya sedangkan merekalah yang sebenarnya merasuah, penyamun tarbus," kata jamal.

" Kalau tidak kerana kebijaksanaan perdana menteri hari ini, tarif elektrik yang terpaksa dibayar oleh rakyat setiap hari harganya telah naik sehingga 50%, nasib baiklah 1MDB telah mengambil alih kembali IPP daripada kroni-kroni Tun Mahathir dan dapat mengekalkan tarif elektrik sedia ada," kata Jamal lagi.

1MDB juga turut membantu beribu jemaah haji Malaysia untuk menunaikan ibadah di Mekah pada setiap tahun.

Jamal turut terkilan dengan kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan para jemaah haji yang ditaja oleh 1MDB menunaikan haji yang tidak mabrur, sedangkan perkara-perkara tersebut hanya ditentukan oleh Allah swt.

Dalam pada itu 1MDB turut membantu pelbagai projek untuk menaik taraf kemajuan negara namun difitnah oleh pembangkang sehingga hari ini. - KITAIKINI