KUALA LUMPUR,13 FEB - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama 200 jemaah menunaikan solat sunat jenazah anggota Parlimen Paya Besar, Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, hari ini.

"Solat sunat jenazah itu dipimpin anak lelaki tunggalnya Mohd Hannan.

Antara pemimpin yang hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abd Samad.

Jenazah allahyarham kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, di sini pada kira-kira 11.30 pagi

Abdul Manan, 70, disahkan meninggal dunia di kediamannya di Taman Melawati, di sini, pada pukul 6.45 petang semalam akibat serangan jantung. - BERNAMA