KUALA LUMPUR, 6 FEB - UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) berkata pihaknya sedia maklum bahawa tiga pekerjanya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Dalam kenyataan hari ini, UEM Sunrise berkata sebagai sebuah syarikat yang mengamalkansifar toleransi' terhadap rasuah, ia akan meneruskan dan memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan itu. - BERNAMA