IJOK, 31 JAN - Pengerusi Gabungan Ngo Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos hari ini menyifatkan Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal kerana tidak membantu para peniaga dan penjaja-penjaja kecil di negeri berkenaan.

Menurut Jamal, beliau mendapat makluman bahawa peniaga dan penjaja-penjaja kecil berkenaan tertekan dengan keadaan persekitaran perniagaan yang tidak dipedulikan oleh kerajan negeri dan tidak ada langsung peluang -peluang perniagaan yang baru di Selangor.

" Apa yang kami lihat, semenjak dua penggal pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di dalam negeri Selangor terutama pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu, tidak ada sedikit pun ruang ataupun peluang yang baru ataupun yang lama diperkasakan dan diperbaiki oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Azmin Ali," kata jamal.

" Jadi saya beranggapan bahawa kerajaan negeri selangor pada hari ini gagal membantu ataupun memperkembangkan penjaja-penjaja kecil di dalam negeri selangor, kalau kita lihat pun didalam bajet yg diumumkan oleh kerajaan negeri selangor yang lalu tidak ada satu pun peruntukan khas bajet daripada kerajaan negeri kepada penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga di dalam negeri selangor ini," kata jamal lagi.

Dalam pada itu, Jamal berharap para peniaga dan penjaja - penjaja kecil dapat menyokong penuh kepimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dapat membantu Barisan Nasional (BN) merampas kembali Selangor daripada Pakatan Harapan supaya dapat membela nasib para peniaga dan penjaja-penjaja kecil yang tertindas. - KITAIKINI