KUALA LUMPUR, 29 JAN - Semalam, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos menunjukkan Pasar Awam Sekinchan, Selangor yang telah dinaik taraf oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang telah memperuntukkan sebanyak RM 500,000 melalui Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Budiman Mohd Zohdi.

Menurut Jamal, Selama tiga penggal Adun Sekinchan, YB Ng Suee Lim (DAP) menerajui dun berkenaan, beliau langsung tidak mempedulikan keadaan Pasar Awam terbabit apatah lagi di kawasan-kawasan persekitarannya.

" Tiada kemajuan yang dilakukan oleh YB Ng Suee Lim Di Sekinchan selama beliau menerajui, Jika ada pun itu adalah hasil usaha kepimpinan BN yang terdahulu," kata Jamal.

" Penduduk di Sekinchan dahulunya berharap Ng Suee Lim dapat membuat perubahan di Sekinchan dan mendapat jawatan didalam Kerajaan Negeri Selangor, diatas sebab itulah mereka memberikan sokongan didalam Pilihanraya Umum Ke-12 tetapi apa yang dilihat kini langsung tidak berubah," kata Jamal lagi.

Jamal menyeru kepada pengundi-pengundi di Dun Sekinchan supaya tidak mengundi lagi Ng Suee Lim pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang kerana Sekinchan memerlukan seorang wakil rakyat yang berwibawa dan boleh diharapkan.

Jamal turut berkempen membawa slogan #TolakYBNgSueeLim. - KITAIKINI