KUANTAN, 19 JAN - Jumlah mangsa banjir di Raub berkurangan kepada 89 orang hingga pukul 8 pagi ini yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 92 malam tadi.


Menurut portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Masjid Kampung Ulu Sungai mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 41 orang daripada 13 keluarga, diikuti Masjid Jamek Kuala Semantan (27 mangsa, lapan keluarga) dan Balai Raya Kampung Sengkela (10 mangsa, empat keluarga).

Selain itu, surau RRM Cheroh pula menempatkan tujuh mangsa daripada satu keluarga dan Balai Umno Kampung Batu Talam (empat mangsa, dua keluarga). - BERNAMA