JOHOR BAHRU, 11 JAN - Jumlah mangsa banjir di Segamat meningkat kepada 31 orang setakat 7 pagi ini berbanding 30 orang malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Datuk Ayub Rahmat berkata pertambahan itu berikutan peningkatan paras air sungai Muar, Segamat.

Menurut Ayub, 31 mangsa banjir daripada 10 keluarga itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Gemereh IV di Batu Badak. - BERNAMA