KUANTAN, 11 JAN - Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Pahang, iaitu Pekan dan Raub kekal 284 orang daripada 76 keluarga, pagi ini.

Menurut portal InfoBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pekan mencatatkan 254 orang mangsa daripada 67 keluarga yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Temai menempatkan seramai 93 mangsa, Pusat Pemindahan Banjir Kampung Pulau Manis (75 orang), Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (39 orang), SK Acheh (sembilan orang) dan Pusat Pemindahan Banjir Kampung Lamir (38 orang).

Di Raub, seramai 30 mangsa daripada sembilan keluarga masih ditempatkan di Masjid Kampung Kuala Semantan. - BERNAMA