AMPANG, 30 SEP - Program Jelajah Jualan Ikan Segar Harga Patut yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos pada hari ini di Perkarangan Bangunan Umno Bahagian Ampang mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya penduduk setempat di kawasan berkenaan.
Kira - kira 3000 orang penduduk setempat ataupun pembeli hadir ke program ini yang melibatkan 6200Kg ikan habis dijual dalam tempoh 2 jam setengah.

Turut hadir sama di dalam program ini ialah Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo yang turut membantu menjayakan program berkenaan dimana Ismail dilihat turut membantu dalam sesi jual beli ikan kepada para pembeli yang beratur sejak dari Jam 8.30 pagi tadi.

Berikut adalah harga - harga ikan yang dijual didalam program berkenaan :

Ikan Kembung - RM 5 Sekilo
Ikan Cencaru - RM 5 Sekilo
Ikan Selayang(Sardin) - RM 5 Sekilo
Ikan Mabong - RM 5 Sekilo

Program ini adalah program kedua yang telah dilakukan oleh Jamal dimana sebelum ini program ini diadakan di Sekinchan iaitu di Jeti Nelayan Sungai Labu, Jalan Pantai Redang berhadapan dengan Sekin Fisherman Village Hotel & Resort yang membabitkan sebanyak 2200Kg Ikan habis dijual.

Program yang dilakukan oleh Jamal ini bertujuan untuk mendesak pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal harga ikan yang melambung tinggi di pasaran sehingga mencecah RM20 sekilo.

Jamal turut memberikan contoh harga Ikan Kembung yang diambil olehnya di beberapa jeti yang berharga RM4.80 sekilo daripada nelayan dan jika harga ini juga diberikan kepada peraih ataupun orang tengah, harga di pasaran tidak sepatutnya mencecah RM 20 sekilo.

Jamal juga memberitahu didalam perkara ini, orang tengah khususnya yang dimonopoli oleh pengusaha-pengusaha ikan DAP yang rakus telah mempolitikkan penjualan ikan ini kerana telah memainkan peranan untuk menaikkan harga-harga ikan berkenaan supaya rakyat ataupun pembeli melemparkan perasaan marah terhadap Kerajaan Barisan Nasional dan tidak akan mengundi Barisan Nasional pada PilihanRaya Umun Ke -14 yang akan datang atas alasan Kerajaan BN yang bersalah terhadap isu kenaikan harga - harga ikan ini.

Program ini akan kekal diteruskan dan menjadikan Negeri Selangor adalah kawasan tumpuan untuk mendesak pihak yang bertanggungjawab turun ke bawah untuk memantau harga-harga ikan dan barangan keperluan yang semakin meningkat naik.

Program Jelajah Jualan Ikan Segar Murah ini akan diteruskan pada hari esok 1 Oktober 2017 di Sekinchan lagi sekali dan kali ini membabitkan
5000Kg Ikan berharga - RM 5 Sekilo1000 Ekor Ayam - RM5 Sekilo300 Kampit Beras 5Kg Cap Rambutan - RM 10 Sekampit. - KITAIKINI