SEKINCHAN, 23 SEP - Hari ini, Umno Dan Barisan Nasional Sungai Besar telah mengadakan satu program jualan ikan yang murah sehingga mendapat sambutan yang hangat dimana 2200Kg ikan berjaya dijual dalam tempoh 3 jam.

Program berkenaan yang bermula seawal jam 9 pagi tadi di Jeti Nelayan Sungai Labu, Jalan Pantai Redang berhadapan dengan Sekin Fisherman Village Hotel & Resort dihadiri kira-kira 1500 orang yang menunggu untuk membeli ikan - ikan berkenaan.

Senarai ikan - ikan yang dijual :

Ikan Kembung - RM 5 Sekilo
Ikan Cencaru - RM 3 Sekilo
Ikan Selar - RM 4 Sekilo
Ikan Pelaling (Sardin) - Rm5 Sekilo

Program berkenaan yang diketuai oleh, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bertujuan untuk membantu rakyat malaysia menyampaikan mesej jelas kepada pihak yang berkenaan untuk membendung kenaikan harga-harga ikan rakyat yang dilihat semakin mendadak sehingga membimbangkan kepada golongan yang memerlukan.

Dalam pada itu, Jamal memberitahu, Program Jualan Ikan Murah ini akan diadakan lagi dan akan ditumpukan khusus di sekitar kawasan Negeri Selangor sehingga perkara terbabit mendapat perhatian daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap kenaikan harga-harga ikan ini.

Jamal juga turut memberitahu dalam masa terdekat ini, program berkenaan akan diadakan pada minggu hadapan iaitu :

Sabtu, 30 Sep - Di Bangunan Umno Bahagian Ampang yang membabitkan 2000Kg ikan.

Ahad, 1 Okt - Di Sekinchan di tempat yang sama iaitu Jeti Nelayan Sungai Labu yang membabitkan 5000Kg ikan. - KITAIKINI