SEKINCHAN, 22 SEP - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengedarkan kira-kira 3000 burger percuma di Pekan Sekinchan untuk dinikmati oleh penduduk setempat.

Dalam pada itu, Jamal turut menyediakan 2000 burger tambahan jika tidak mencukupi untuk dinikmati oleh para pengunjung.

Program berkenaan yang bermula pada pukul 4 petang tadi dilihat semakin rancak kerana orang ramai khususnya penduduk setempat mula mengerumuni gerai burger yang disediakan.

Menurut Jamal, Jika program yang dilakukan pada hari ini mendapat sambutan yang lebih menggalakkan, beliau akan terus melanjutkan program ini di masa-masa yang akan datang.

Sebelum ini, program berkenaan juga sudah beberapa kali diadakan  di sekitar Sekinchan dan juga Bahagian Sungai Besar yang dilihat diterima baik.

Program edaran burger percuma berkenaan turut bertujuan untuk mengeratkan silaturahim bersama penduduk setempat baik yang tua ataupun muda.

Terdapat juga kaum yang berbilang bangsa seperti kaum Melayu, Cina dan India yang turut dilihat hadir menikmati juadah yang disediakan, ini memberikan respon yang terbaik jika dilihat kerana disertai oleh seluruh lapisan masyarakat.

Melihat sambutan positif yang diberikan oleh penduduk setempat Jamal turut mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung yang hadir kerana menerima program ini dengan baik. - KITAIKINI