KUALA LUMPUR, 7 SEP - Susulan peningkatan yang semakin banyak isu penindasan, penganiayaan dan kekejaman terhadap kaum etnik Rohingya oleh kerajaan Myanmar yang dipimpin oleh Aung San Suu Kyi, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Komponen Parti Barisan Nasional dan Juga Badan - Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO'S) akan menghantar satu memorandum bantahan ke Kedutaan Myanmar Di Malaysia pada hari esok 8 September 2017.

Menurut Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos, beliau melahirkan satu penghargaan yang cukup besar kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dipimpin oleh Yang Berhormat Khairy Jamaluddin (KJ) kerana mengadakan usaha Solidariti terhadap Etnik Rohingya untuk menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Myanmar pada hari esok.
Menurut Jamal, "Apa yang Saudara KJ lakukan, saya lihat adalah berperikemanusiaan dengan disokong oleh rakan-rakan parti komponen yang lain seperti Malaysian Chinese Association (MCA), Malaysian Indian Congress (MIC) serta NGO".

" Saya juga turut dimaklumkam oleh rakan-rakan daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK), Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) dan lain-lain daripada Pakatan Harapan (PH) untuk turun bersama menyatakan bantahan terbabit tetapi malangnya mereka ini dihalang oleh pihak Democratic Action Party (DAP) ," kata Jamal.
" Ini bukan soal politik, ini adalah misi kemanusiaan, kenapa DAP perlu menghalang, sedangkan perkara ini adalah perkara baik untuk mendesak Kerajaan Myanmar menghentikan keganasan terhadap Etnik Rohingya, lebih-lebih lagi mereka adalah orang islam yang seagama dengan kami," kata Jamal lagi.

Komponen Parti Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan kedatangan Pakatan Harapan untuk bersama-sama menunjukkan solidariti terhadap Etnik Rohingya berkenaan.
Esok, 8 September 2017, Pihak Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan lain-lain akan mula berkumpul dan berarak selepas waktu Solat Jumaat di Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Myanmar pada jam 2 petang.

Jamal turut mengalu-alukan kedatangan pemimpin NGO Bersih seperti Maria Chin dan juga Ambiga Sreenevasan serta beratus ribu peserta kumpulan baju kuning (BERSIH).

Menurut Jamal, " Ini yang sepatutnya kita nak berdemo, turunlah skali bersama-sama kami, Mereka pakai baju kuning saya pakai baju merah, Kita lupakan fahaman politik untuk mencapai satu matlamat rakyat malaysia iaitu tidak suka keganasan atau penganiayaan terhadap Etnik Rohingya ".

" Kalau Ambiga keretanya rosak di tengah jalan, saya pergi jemput dimana Ambiga berada," Jamal mengakhiri sidang media pada hari ini. - KITAIKINI