AMPANG, 5 SEP - Gabungan NGO Malaysia hari ini menyambut baik tentang perlantikan Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun yang menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah pun bersara wajib 60 tahun.

Menurut Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos, Gabungan NGO berharap KPN dapat mengambil tindakan yang tegas kepada pengusaha pengusaha kedai mesin judi khususnya di Selangor dan mana-mana pegawai polis yang terlibat ataupun bersubahat bersama pengusaha-pengusaha terbabit.

Dalam pada itu, Jamal turut membidas Pihak Berkuasa Tempatan Selangor kerana memberikan lesen perjudian di bawah Perlesenan Pusat Hiburan Keluarga kepada pengusaha-pengusaha kedai judi dan diatas sebab itu juga lah pihak polis tidak dapat mengambil tindakan kerana ada perbalahan diatas penindihan kuasa.

" Jadi kami berharap KPN yang baharu ini dapat bertindak tegas menyelesaikan isu-isu mesin judi yang semakin bertambah khususnya di Negeri Selangor dan kami percaya negeri-negeri lain akan mengikuti jejak untuk turut sama menutup kegiatan judi yang semakin berleluasa ini," kata Jamal lagi. - KITAIKINI