AMPANG, 5 SEP - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengadakan satu sesi sidang media di Pejabat Gerakan NGO Malaysia di Ampang mengenai gejala mesin judi yang berleluasa dan tidak terkawal khususnya di Negeri Selangor.

Jamal yang hadir bersama Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Hj Abu Hanifah dan beberapa Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Bin Ali supaya menarik balik lesen Pusat Hiburan Keluarga yang diberikan kepada pengusaha - pengusaha kedai mesin judi sambil membuat gimik melakukan hentakan tukul besi diatas meja sidang media.

Ini berikutan perkara terbabit menjadikan rakyat negeri selangor menjadi ' Tahi Judi ' sehingga menyebabkan bertambahnya kes penceraian dan jenayah di Negeri Selangor angkara bermain permainan judi berkenaan.

" Sampai bilakah Menteri Besar Selangor mahu mengambing hitamkan anak - anak melayu sedangkan perkara terbabit adalah haram disisi agama Islam, Walaupun saya pernah ditahan dan beberapa kali dilokap, tetapi kedai - kedai mesin judi ini masih lagi berleluasa dan kebal dari undang - undang," kata Jamal.

" Di Ampang sahaja terdapat 700 kedai mesin judi telah pun diselesaikan tetapi di dalam Negeri Selangor masih terdapat 6800 kedai mesin judi lagi dan bertambah menjadi 7200 buah kedai selepas Hari Raya Aidiladha yang lalu," kata Jamal lagi.

Jamal turut membidas tindakan Majlis Daerah atau Penguatkuasa Tempatan di Negeri Selangor tentang pengambilan duit hasil judi yang diberikan sebanyak RM5000 setiap bulan daripada pengusaha - pengusaha kedai judi berkenaan.

" Selangor adalah ibu bapa segala perjudian di dalam Malaysia ini dibawah pemerintahan Menteri Besar Selangor daripada kerajaan Pakatan Harapan, kami berharap Kerajaan Negeri Selangor dapat menyelesaikan perkara ini dan jangan salahkan kami jika kami dari pihak NGO melakukan perkara yang diluar batas undang - undang, jika perkara ini tidak diselesaikan saya akan berdemo di dalam Bangunan SUK Selangor dan meletakkan Mesin Judi di hadapan Pejabat Menteri Besar Selangor," kata Jamal ketika selesai sesi sidang media pada hari ini. - KITAIKINI