KUALA LUMPUR, 29 SEP - Kejadian ribut petir di perairan Kedah, Perak, Perlis dan di pantai barat, pedalaman, Labuan serta Kudat di Sabah dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini angin dijangka bertiup selaju 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak setinggi 3.5 meter.

Situasi serupa turut dijangkakan di perairan utara Selat Melaka dan Labuan.

Keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil.

-- BERNAMA