ARAU, 28 SEP - Keadaan banjir semakin pulih di Perlis dan pagi ini hanya 74 daripada 19 keluarga masih berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Boh, di sini setelah tiga pusat pemindahan dalam Parlimen Kangar ditutup malam tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perlis hari ini, mangsa banjir di SK Long Boh dijangka dibenarkan pulang hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dihubungi Bernama berkata anggota pasukan itu telah membantu mencuci rumah-rumah mangsa banjir sejak semalam dan banyak lagi akan dibantu hari ini dan esok.

Sejak banjir melanda 21 Sept lepas, 25 pusat pemindahan dibuka iaitu enam dalam Parlimen Padang Besar, sembilan (Kangar) dan 10 (Arau). - BERNAMA