KUALA LUMPUR, 20 SEP - Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi untuk menjalani pemeriksaan berjadual, kata Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain.

Beliau berkata Anwar tidak mengalami masalah kesihatan cuma akan berada di hospital itu untuk beberapa hari bagi pemeriksaan yang akan dikendalikan oleh sepasukan pakar.

"Ia adalah pemeriksaan berjadual dan pasukan pakar akan mengendalikan beliau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA