SUNGAI BESAR, 17 SEP - Umno Bahagian Sungai Besar hari ini mengadakan Majlis Pelancaran Nota Ceramah Pilihanraya Umum 14 (PRU14) & Penerangan Perjuangan4ALL yang dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Sungai Besar di Dewan Umno Bahagian.

Majlis berkenaan juga turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Budiman Mohd Zohdi dan Juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Perasmi Program terbabit iaitu Tan Sri Annuar Musa tidak dapat menghadirkan diri kerana mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan.

Menurut Ketua Umno Bahagian, Datuk Seri Jamal Md Yunos, Umno Bahagian Sungai Besar cukup bertuah kerana program terbabit diadakan di kawasan tersebut.

Di dalam ceramah berkenaan, Jamal menjelaskan kepada para hadirin mengenai perkataan 'ATTACK' ataupun Serang yang telah diperjelaskan oleh YB Budiman kepada ahli-ahli Umno Sungai Besar supaya memulakan serangan kepada Pakatan Harapan bukan menyerang sesama sendiri.

Jamal memberitahu apa yang terjadi ketika ini adalah kebanyakan ahli - ahli Umno bertelagah sesama sendiri seperti Wakil - Wakil Rakyat, Pemimpin di Peringkat Bahagian Dan juga bawahan.

" Oleh sebab itu, kalau perkara ini tidak ditangani terlebih awal program penerangan ini tidak akan menjadi yang terbaik," kata Jamal.

" Isu dalaman perlu diselesaikan terlebih dahulu, Musuh dalam selimut masih ada tetapi kami menanganinya dengan cara yang positif," kata Jamal lagi.

Jamal turut memberitahu bahawa kawasan Sungai Besar masih ada lagi musuh dalam selimut, Apa yang beliau lakukan adalah dengan berjumpa dengan orang yang bermasalah ini dan cuba membantu untuk menyelesaikan masalah berkenaan dan jika orang yang dinyatakan tidak hadir menjumpainya, Jamal sendiri akan tunggu di rumah mereka.

Menjawab isu mengenai persediaan menghadapi PRU14 yang akan diadakan tidak lama lagi, Jamal memberitahu beliau mempunyai 3 Fasa untuk menghadapi PRU14

Fasa Pertama - Menjumpai semua Ketua-Ketua Cawangan yang meliputi sebanyak 115 Cawangan di Bahagian Sungai Besar.

Fasa Kedua - Menjumpai Semua Ketua-Ketua Wanita Cawangan Bahagian Sungai Besar.

Fasa Ketiga - Bersama Pemuda dan Puteri Bahagian Sungai Besar.

" Sungai Besar mempunyai 115 cawangan, setakat hari ini saya hampir selesai berjumpa dengan Ketua-Ketua Cawangan, Fasa Kedua pula saya sudah berjumpa dengan beberapa Ketua-Ketua Wanita Cawangan dan memperjelaskan kepada mereka-mereka ini tentang persediaan menghadapi PRU14," kata Jamal.

Untuk menjadikan Jentera PRU14 menjadi yang terbaik, Jamal memberitahu bahawa, kita harus mengambil tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka seperti masalah keluarga, masalah peribadi ataupun masalah pengangkutan dan perlulah kita cuba menyelesaikan masalah mereka-mereka ini.

Bagi persediaan Jamal sendiri untuk menghadapi PRU14 pula, beliau akan terus menyerang Kerajaan Negeri Selangor dengan isu-isu yang memang disengajakan ataupun dipolitikkan yang membebankan rakyat negeri Selangor. - KITAIKINI