KUALA LUMPUR, 19 SEP - BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd melantik Dr Sven Crone sebagai Pengarah Urusan, berkuat kuasa 1 Sept, 2017.

Beliau menggantikan Dr Stefan F. Beckmann yang akan menjalankan tugasan baharu dalam BASF Group, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Sebelum pelantikan itu, Crone memegang pelbagai jawatan pengurusan dalam kumpulan, termasuk menyelaraskan perniagaan global di Jerman dan pemasaran serantau di Singapura dalam bahagian petrokimia, serta pemasaran strategik global untuk bahagian perantaraan di BASF SE.

Terbaharu, beliau ialah Naib Presiden, Staf kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Eksekutif BASF SE, kata kenyataan itu.

BASF Petronas ialah syarikat usaha sama Malaysia dengan BASF SE yang berpangkalan di Jerman, di bawah anak syarikatnya, Petronas Chemicals Group Bhd. - BERNAMA