SEKINCHAN, 30 OGOS - Umno Bahagian Sungai Besar hari ini hadir melawat 5 buah rumah di Taman Ria Sekinchan yang dilanda musibah kebakaran pada hari sabtu yang lalu dan turut menyampaikan sumbangan serta bantuan kepada mangsa - mangsa kebakaran yang terlibat.

Umno Bahagian Sungai Besar yang diwakili oleh Ketua Umno Bahagian, Datuk Seri Jamal Md Yunos menghulurkan bantuan sebanyak RM 2000 kepada setiap mangsa yang terlibat dan turut memberikan bantuan - bantuan yang lain kepada setiap mangsa kebakaran seperti bantuan untuk membaik pulih semula 5 buah rumah yang terlibat dalam kebakaran berkenaan.

Jamal juga turut menempatkan mangsa - mangsa kebakaran terbabit di Resort beliau di Sekin Fisherman Village Hotel & Resort di Sekinchan sementara menunggu kerja membaik pulih rumah yang dilanda kebakaran terbabit siap.

Dalam pada itu, Bantuan peribadi juga diberikan oleh Pemangku Ketua Wanita UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Zubidah Maskor dan Ketua MCA Bahagian Sungai Besar, Kek Seng Hooi.

" Kami berharap dengan bantuan - bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan lagi beban mangsa kebakaran yang terlibat, lagi - lagi untuk menyambut Hari Raya Aidiladha yang akan tiba tidak lama lagi," kata Jamal.

Jamal juga turut menempelak Adun Sekinchan, YB Ng Suee Lim kerana Adun berkenaan tidak menjaga kebajikan mangsa yang terlibat serta tidak membantu dengan sepenuhnya kepada mangsa - mangsa kebakaran ini. 

" Tidak ada gunanya YB Ng Suee Lim menjadi Wakil Rakyat di Dun Sekinchan, Jika perkara sebegini yang membabitkan isu rakyat pun beliau tidak mampu nak membantu dengan rasa tanggungjawab," kata Jamal lagi - KITAIKINI