AMPANG, 24 OGOS - " Segera selesaikan permasalahan dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj (Sultan Johor)," itulah kata - kata yang diucapkan oleh Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos kepada Menteri Belia Dan Sukan, YAB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ).

Jamal meluahkan perasaan kurang senang beliau terhadap senario politik ataupun perkembangan terkini di dalam negara mengenai perselisihan faham diantara DYMM Sultan Johor dan Saudara KJ itu.
Menurut Jamal, Di dalam arus permodenan pada masa kini, seluruh rakyat Malaysia pantas mengetahui situasi terbabit ditambah lagi dengan adanya Platform seperti Media Sosial, perkara - perkara ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan kredibiliti YB Saudara Khairy Jamaluddin.
Jamal memberi sedikit teguran kepada saudara KJ supaya saudara KJ dapat memulihkan hubungan baik dengan DYMM Sultan Johor kerana apa yang beliau lihat sekarang ini ada sesuatu perkara yang tidak baik berlaku diantara mereka berdua.

" Walau bagaimana pun kita sebagai rakyat biasa, Walaupun kita bertaraf menteri atau apa pun jawatannya, kita perlu memperbaiki hubungan baik dengan raja - raja kita supaya tidak ada perselisihan faham diantara satu sama lain, kurangkan perasaan ego kerana perkara terbabit tidak semestinya kita akan kalah," kata Jamal lagi.

Jamal berkata lagi, " Kita menyanjung tinggi DYMM Sultan - Sultan tidak kira Sultan Selangor, Sultan Johor ataupun mana - mana Sultan sekalipun, Saya berharap Saudara KJ dapat merafak sembah kebawah DYMM Sultan Johor supaya dapat meredakan keadaan yang berlaku ".

Jamal yakin DYMM Sultan Johor adalah seorang Sultan yang prihatin, berjiwa rakyat dan sudah terbukti jasa-jasanya di Negeri Johor.

" Walau beribu alasan yang diberikan, sultan tetap sultan, kita sebagai rakyat tetap sebagai rakyat, Jadi saya berharap saudara KJ dapat menyelesaikan permasalahan tersebut dengan cara yg berhemah dan tidak menggunakan pihak - pihak yang lain, Saya sayangkan kedua-keduanya baik DYMM Sultan Johor ataupun Saudara Khairy Jamaluddin," katanya lagi. - KITAIKINI