AMPANG, 14 OGOS - Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Hj Abu Hanifah hari ini hadir di Majlis Sidang Media Nothing To Hide 0.3 bersama Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berdekatan dengan Pusat Membeli Belah Ampang Point.

Armand mengulas mengenai kejadian Nothing To Hide 2.0 yang berlakunya insiden yang tidak diingini semalam yang dianjurkan oleh Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Armand memberitahu insiden yang berlaku di dalam Nothing To Hide 2.0 semalam adalah berpunca daripada pertelagahan diantara mereka, namun mereka menuding jari kepada pihak Umno dan Barisan Nasional kononnya insiden yang tidak diingini semalam didalangi oleh tangan - tangan ghaib seperti beliau dan juga Jamal.

Menurut Armand, perkara ini adalah tidak betul kerana kejadian semalam adalah pergaduhan dan perselisihan faham diantara mereka tetapi mereka mengaitkan dengan Umno dan Barisan Nasional dan menyalahkan kami.

Armand berkata lagi, Saya rasa mereka ini keliru sama ada mereka ini adalah Pemuda Armand atau Armada, jika mereka ingin menjadi Pemuda Armand boleh lah menghubungi kami dan mengambil borang untuk diisi dan menjadi Pemuda UMNO dibawah Armand.
" Kepada Ketua Bahagian yang menelefon saya iaitu Ketua Bahagian Penaja Bunga Raya Bahagian Bandar Tun Razak (bukan nama sebenar) yang menuduh saya yang memulakan kejadian semalam, jika perkara semalam benar didalangi oleh saya, saya ingin meminta bukti," katanya lagi.

" Perkara Fitnah ini adalah asam garam dalam kehidupan mereka pada Pakatan yang tidak ada harapan ini, jadi saya minta rakyat diluar sana nilaikan apa yang sudah berlaku," katanya lagi.

Armand turut menjemput Armada untuk hadir di Program Nothing To Hide 0.3 yang dijangka akan diadakan pada pertengahan bulan september ini dengan syarat tidak membawa bunga api, kerana bunga api hanya digunakan untuk malam kemerdekaan nanti.

Dalam pada itu, Penganjur Program Nothing To Hide 0.3 iaitu Jamal dan juga Armand memberitahu kepada media, mereka akan membuat permohonan berlesen kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membuat program tersebut di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur dan menganggarkan sebanyak 20 000 hingga 30 000 orang hadirin yang akan hadir.

Jika Pihak DBKL tidak membenarkan kami membuat program berkenaan di Jalan Chow Kit kami akan memohon di kawasan lain seperti di Bukit Bintang. - KITAIKINI