AMPANG, 14 OGOS - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Hj Abu Hanifah hari ini mengadakan satu sesi sidang media untuk mengadakan satu Program Nothing To Hide 0.3 yang dijangka akan diadakan pada pertengahan bulan september ini selepas Sukan Sea 2017.

Nothing To Hide 0.3 adalah satu Program Soal Jawab dan Kami sebagai penganjur Nothing To Hide 0.3 ini akan menjemput ahli panel iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Bin Ali.

Dalam pada itu, Di dalam Program berkenaan persoalan-persoalan yang kami ingin tujukan kepada Ahli Panel tersebut adalah berkenaan identiti sebenar Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang belum dijawab lagi sehingga kini berhubung daripada mana asal usulnya sebelum beliau datang ke Malaysia yang masih tidak berjawab.

Pertanyaan lain juga akan ditujukan kepada ahli panel berkenaan seperti Kehidupan Orang Melayu yang semakin dipinggirkan di Pulau Pinang dan juga mengenai Projek Terowong Dasar Laut yang digembar-gemburkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng

" Kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin ali pula kami akan meminta penjelasan mengenai Manifesto PRU 13 yang dijanjikan untuk rakyat Negeri Selangor seperti Pendidikan Percuma dan Janji kepada golongan Ibu Tunggal," kata Jamal lagi.

Ini adalah diantara soalan yang ingin ditujukan kepada ketiga - tiga ahli panel berkenaan.

Penganjur Nothing To Hide 0.3 memberitahu media, mereka akan membuat permohonan berlesen kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membuat program tersebut di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur dan menganggarkan sebanyak 20 000 hingga 30 000 orang hadirin yang akan hadir.

Jamal berkata, Jika Pihak DBKL tidak membenarkan kami membuat program berkenaan di Jalan Chow Kit kami akan memohon di kawasan lain seperti di Bukit Bintang.

Jamal turut memberitahu akan menghantar surat jemputan untuk program Nothing2Hide 0.3 berkenaan kepada 3 ahli panel terbabit.

Berhubung soal keselamatan untuk Program terbabit, Jamal memberitahu, Kami Akan memastikan program berkenaan berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang baik, tidak seperti apa yang berlaku didalam Program Nothing2Hide 2.0 semalam, dimana berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Jamal memberitahu kepada pihak media, kejadian yang berlaku di dalam Program Nothing2Hide 2.0 semalam sebenarnya seminggu lepas kami telah mengetahuinya dimana kejadian tersebut di dalangi oleh Kepimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menuduh pihak di bawah Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammad Najib Bin Tun Abdul Razak iaitu UMNO dan mendapat persetujuan dari Tun Mahathir Mohamad.

Demi menjaga nama baik Umno dan Barisan Nasional serta nama baik Perdana Menteri, Jamal akan membuat laporan polis dalam masa yang terdekat dan akan menyerahkan segala bukti kepada pihak polis berkenaan kejadian di Program Nothing2Hide 2.0 semalam yang didalangi oleh Kepimpinan Tertinggi PPBM.

Pada masa yang sama, Jamal ingin bertanya kepada Ketua Armada PPBM, Benarkah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapat Projek Pasir yang telah diluluskan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang dianggarkan bernilai puluhan juta ringgit ?. - KITAIKINI