AMPANG, 9 OGOS - Datuk Seri Jamal Md Yunos dan sembilan individu yang lain hadir di Mahkamah Sesyen/Majistret Ampang pada hari ini untuk mendengar sebutan semula kes berhubung pertuduhan merusuh di pusat membeli belah Ampang Point sewaktu Kumpulan Bersih 5 membuat ROADSHOW di kawasan berkenaan pada november yang lalu.

Menurut Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Malaysia, Datuk Mohd Imran Tamrin, Untuk Kes Perbicaraan pada hari ini, Pihak Peguam telah diberitahu tentang keputusan re-presentasi yang telah diberikan kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk dikaji semula, keputusan permohonan terbabit telah ditolak.

Hakim Majistret Tuan Mohamad Firdaus Bin Sadina Ali menetapkan 4 September 2017 untuk tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Pada 13 November 2016 yang lalu, Jamal dan sembilan yang lain dituduh kerana melakukan rusuhan di Pusat Membeli Belah berkenaan ketika Gerakan Baju Merah menghalang provokasi ROADSHOW Baju Kuning di dalam premis terbabit.

Namun berlaku sedikit kekecohan apabila Jamal ingin meminta penjelasan daripada Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin berhubung Pengedaran Risalah siri jelajah BERSIH 5 yang menghasut rakyat untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada supaya rakyat turun berdemonstrasi pada 19 November 2016.

Kedua-dua kumpulan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan tetapi hanya Kumpulan Baju Merah sahaja didakwa dibawah Sesyen 147 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, Pada 13 April 2017 yang lalu, Jamal yang diwakili peguam memohon dibicarakan kerana ingin mengemukakan presentasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula pertuduhan yang dibicarakan.

Kumpulan Baju Merah meminta perkara terbabit dibicarakan kerana Pertuduhan terbabit tidak adil kerana hanya ditujukan kepada mereka sahaja tetapi pihak Baju Kuning (BERSIH 5) tidak diambil tindakan. - KITAIKINI