KUALA SELANGOR, 8 OGOS - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini memberitahu media untuk Menjunjung Sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj tidak lama lagi.

Ini berikutan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Bin Ali bertanggungjawab terhadap penipuan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai ' Skim Peduli Sihat '.

Jamal memberitahu, Didalam pembukaan Dewan Negeri yang lepas, Kita melihat DYMM Tuanku Sultan Selangor mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri Besar Selangor ini diatas kewujudan skim berkenaan kononnya kerana skim berkenaan adalah yang Pertama dan Terbaik di Malaysia.

" Skim Peduli Sihat berkenaan hanyalah yang terbaik untuk 'KRONI' ataupun Kerajaan Negeri Selangor hanya memberi skim berkenaan kepada rakyat yang mengundi mereka sahaja, Jika didapati nama - nama di dalam permohonan skim berkenaan adalah ahli UMNO ataupun pihak yang tidak menyokong menyebelahi mereka, mereka akan tolak permohonan tersebut," kata Jamal lagi.

Di Parlimen Sungai Besar pula, Jamal memberitahu, ada 9000 permohonan untuk skim berkenaan yang kami telah bantu penduduk di kawasan terbabit untuk didaftarkan tetapi ditolak oleh wakil rakyat mereka ataupun Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (JKKK) atas sebab mereka ini adalah ahli UMNO.

" Jadi apa yang Azmin ali maklumkan pada DYMM Tuanku Sultan Selangor adalah sangat berbeza dan mendukacitakan, saya akan menjunjung sembah DYMM Tuanku Sultan Selangor untuk memaklumkan perkara sandiwara Azmin Ali ini kerana Azmin tidak menjaga Kebajikan Rakyat Negeri Selangor," kata Jamal lagi. - KITAIKINI