KUALA SELANGOR, 8 OGOS - Datuk Seri Jamal Md Yunos dan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini hadir di Perkarangan Universiti Industri Selangor (UNISEL), Bestari Jaya, Kuala Selangor untuk membuat tuntutan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya memberikan Pendidikan Percuma kepada para pelajar di Universiti berkenaan selaras dengan Janji dan Manifesto yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan pada PRU 13 yang lalu.

Jamal yang hadir berpakaian 'GIMIK' Pelajar Sekolah Menengah berjumpa dengan wakil pengajar di Universiti terbabit untuk memperjelaskan tentang Janji Manifesto PRU 13 Pakatan Harapan, dimana Pakatan Harapan akan memberikan 'Pendidikan Percuma'.

" Pakatan Harapan sudah memenangi Negeri Selangor pada beberapa penggal yang lalu tetapi janji Pendidikan Percuma masih belum tertunai lagi, bukan sahaja Pendidikan Percuma tetapi banyak lagi janji yang masih belum ditunaikan oleh mereka, Adakah Janji Manifesto ini sekadar ingin membohongi rakyat ?. 

Walaupun Janji berkenaan masih belum ditunaikan tetapi pada PRU 14 yang akan datang mereka masih lagi meletakkan Janji-Janji Manifesto Palsu berkenaan ," kata Jamal.

Jamal turut memberitahu kepada Para Pelajar di Universiti berkenaan tentang mereka dibohongi oleh Kerajaan Negeri Selangor dan akan meneruskan lagi dari minggu ke minggu untuk memperjelaskan secara terperinci lagi kepada pelajar di Universiti terbabit.

Jamal juga turut terkesan kerana tiga orang anak buahnya turut berada di Universiti terbabit dan Jamal tahu keperitan yang dilalui oleh kakak-kakaknya untuk membiayai kos pembelajaran di Universiti terbabit seperti untuk Ijazah sahaja mereka perlu membayar sebanyak RM54 000 berbanding dengan Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) yang jauh lebih murah daripada harga terbabit.

Di Perkarangan UNISEL pada hari ini, Sebelum ketibaan Jamal, Media yang berada di tempat berkenaan terlihat 5,6 Orang Pelajar di Universiti tersebut dikerah untuk menggantung Poster ' BUNTING ' bertulisan ' PERCUMA YURAN PROGRAM TAHUN ASAS, BIASISWA DAN PINJAMAN '. - KITAIKINI