KLANG, 5 OGOS - Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengesahkan perjumpaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas menjadi TPM pada 2015 yang lepas mempunyai rakaman video dan perjumpaan berkenaan bukan atas kapasiti untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammad Najib Bin Tun Abdul Razak tetapi perjumpaan tersebut adalah untuk bertanyakan kepada Mahathir mengenai apa permasalahan beliau dengan Pemimpin Malaysia No 1 dan No 2 itu.

Terdahulu Mahathir mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap TPM kononnya TPM berjumpa dengannya untuk bersekongkol menjatuhkan Perdana Menteri.

Menurut Jamal, Kami di UMNO Bahagian sudah sedia maklum tentang perjumpaan terbabit, TPM menjadi orang tengah untuk selesaikan masalah berkenaan.

" Sebelum perjumpaan tersebut beberapa rakan - rakan dari Ketua Bahagian terutamanya Ketua Bahagian yang lama telah terlebih dahulu berjumpa dengan Tun Mahathir untuk berbincang tentang perkara berkenaan," kata Jamal lagi.
" Jadi apa yg Tun M katakan itu sedikit pun kami tidak sangsi kerana kami tahu perjumpaan itu bukan perjumpaan untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri ".

Semalam, TPM membuat pendedahan semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun iaitu beliau ada menyimpan rakaman perbualan semasa pertemuan dengan Tun M itu.
Hari ini pula, TPM merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Baling dan beliau menyatakan sedia menyahut cabaran mana-mana pihak yang dakwa beliau berbohong ada rakaman itu, ekoran adanya puak pembangkang memainkan di media sosial kononnya TPM berbohong mempunyai rakaman berkenaan.

Dalam pada itu, Datuk Seri Jamal Md Yunos memberitahu kepada media, Pada tiga tahun yg lepas saya pun ada berjumpa dengan Mahathir bersama dengan rakan - rakan dari NGO Perkasa termasuk Presiden Perkasa, ketika itu saya sendiri berjumpa dengan Tun Mahathir dan Tun Mahathir meminta saya sebagai Ketua Bahagian untuk melakukan Protes tentang apa yg dilakukan oleh Perdana Menteri.

" Ucapan - ucapan yang diberikan kepada saya itu saya lihat ianya adalah satu cerita dongengan dan mereka - reka cerita yang menunjukkan ketidakpuasan hati Tun Mahathir terhadap Perdana Menteri," kata jamal lagi. - KITAIKINI