AMPANG, 4 OGOS - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pekan,Pahang, Dato Shahruddin Ahmad dan juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dato Ahmad Mukhriz Dato Ahmad Fuad mengadakan satu sidang media Menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ahmad Mukhriz, mereka mengadakan sidang media pada hari ini kerana terkesan dengan segelintir pihak yang memanipulasikan kenyataan TPM dimana mereka memutarbelitkan fakta kononnya TPM berprasangka buruk terhadap kaum India Muslim dan memfitnah YAB TPM tentang kononnya TPM telah jumpa Tun Mahathir untuk bersekongkol menjatuhkan PM DS Najib Razak.

Ahmad Mukriz juga memberitahu tujuan mereka mengadakan Sidang Media hari ini bertujuan menyatakan sokongan terhadap TPM, kerana perkara berkenaan adalah fakta yang benar dan TPM hanya menyatakan kebenaran tentang perkara berkenaan.

Terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi telah menyatakan nama sebenar Tun Mahathir Mohamad adalah Mahathir A/L Iskandar Kutty berpandukan kebenaran yang telah beliau dapatkan dan berucap pada perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kelana Jaya bagi tahun 2017.

Dalam pada itu juga, Pemuda Umno Pekan mencabar Mahathir untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU14) yang akan datang di kawasan parlimen itu yang juga kawasan penempatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

" Kalau Mahathir terbaik memerintah sebagai PM selama 22 tahun, kalau betul Tun Mahathir anak jantan, ayuh bertanding di Pekan,” kata ketuanya Datuk Shahruddin Ahmad.

Beliau juga menyeru semua kepimpinan Pemuda Bahagian untuk meneruskan wala (kesetiaan) kepada kepimpinan parti demi Agama, Bangsa dan Tanah Air. - KITAIKINI